PELAKON Wawa Zainal berkongsi pengalaman anaknya yang didakwa pernah menjadi mangsa perbuatan kasar rakan sekelas ketika berada di sekolah.Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, anaknya sebelum ini pernah mengadu menjadi mangsa tindakan fizikal rakan sekelas termasuk ditumbuk dan dipulas tangan. "Sebelum ini anak saya pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk dan pulas tangan dia," kongsi Wawa menerusi hantaran di Threads.Wawa berkongsi kebimbangan mengenai anak-anaknya.Menurut Wawa, dia pernah menceritakan perkara itu kepada suaminya, pelakon Aeril Zafrel.Bagaimanapun, Aeril beranggapan kejadian tersebut mungkin sekadar gurauan biasa dalam kalangan kanak-kanak.Malah, suaminya berpendapat anak mereka perlu belajar menghadapi cabaran sejak kecil sebagai persediaan untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar."Saya cerita balik dekat ayah dia. Tapi ayah dia respon waktu itu, 'Biasalah budak-budak bergurau. Lagipun biarlah dia (anak) hadap sebab dunia ini keras.ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal tiada impian besar, hanya mahu tambah nilai zakat…“Bukan nak riak, tapi semua sudah dapat"ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal bukan artis berperangai diva, ada sebab pergi mall pun pakai cermin mata hitam"Kalau manjakan sangat nanti macam-macam lagi dia kena hadap di masa hadapan. Selagi dia tak ada rasa sakit, lebam atau luka mungkin itu gurauan kawan-kawan," jelasnya.Bagaimanapun, Wawa mengakui sudah tidak mampu berdiam diri apabila anaknya sekali lagi berdepan situasi tidak menyenangkan apabila dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci kejadian tersebut selain enggan berkongsi identiti anaknya yang terlibat."Tapi hari ini, bila anak saya cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat, saya rasa saya sudah tak boleh diam!" ujarnya.Wawa dan Aeril bersama empat anak mereka.Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-rata menasihati Wawa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.Mereka turut berpendapat setiap aduan anak-anak mengenai buli perlu diberikan perhatian serius dan tidak seharusnya dianggap sebagai gurauan semata-mata."Jangan diam, cerita anak-anak ini kadang kita kena ambil serius. Boleh mesej cikgu dan tanya budak itu sekali."Budak sekarang tak sama macam budak dulu, lebih baik ambil tindakan takut terlambat," antara komen netizen.Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.TONTON VIDEO PILIHAN!