suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya tak malu pakai baju ‘bundle’, sekarang lebih bijak berbelanja

Luna bijak menjaga penampilan meskpun memakai barangan preloved.

STATUS sebagai seorang selebriti popular bukan alasan buat pelakon Luna Maya berasa malu menggunakan barangan terpakai.

Berkongsi cara berhemah dalam berbelanja, kata Luna, 43, membeli barangan preloved atau mendapatkan pakaian terpakai sudah menjadi trend semasa yang biasa dilakukan.

Malah, dia mengakui kini lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Luna tidak malu memakai baju secara berulang. 

"Saya juga tidak malu untuk membeli barangan terpakai atau thrifting.

"Pada saya, itu lebih menarik. Kini, saya boleh dikatakan lebih berhati-hati dan bijak dalam membuat keputusan sebelum membeli sesuatu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya bahagia suami rajin masuk dapur, suka hidang masakan Barat 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akaun bank kosong, Luna Maya pernah menangis tak ada duit

Tambah Luna, istilah 'outfit repeater' atau mengulangi penampilan sama bukanlah satu isu besar buat seorang selebriti.

Pelakon ini juga memilih untuk memberikan barangan lama yang tidak dipakai kepada orang lain agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kalau memang sudah tidak muat atau tidak dipakai, lebih baik beri kepada orang lain," ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain