suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rajin bersenam setiap hari, Rain terkejut alami masalah hati berlemak... “Tak tahu kenapa jadi begini”

Rain mendedahkan dirinya mengalami masalah hati berlemak.

PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Rain mendedahkan dirinya mengalami masalah hati berlemak meskipun dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal.

Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, 44, mengakui hairan dengan keadaan kesihatannya memandangkan dia sentiasa mengamalkan rutin senaman termasuk latihan kekuatan otot setiap hari.

“Saya mempunyai masalah hati berlemak. Saya melakukan latihan kekuatan otot setiap hari, tetapi tidak tahu kenapa perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Rain akui pelik dengan perkara tersebut memandangkan dia sering bersenam. 

Rain berkongsi perkara itu ketika menjalani penggambaran program hiburan Whenever Possible terbitan SBS yang turut menampilkan Yoo Jae Suk, Yoo Yeon Seok dan pelakon Kim Jae Wook.

Mendengar pengakuan tersebut, Yoo Yeon Seok turut berkongsi mengenai masalah kesihatannya apabila mendedahkan paras kolesterol jahat dalam badannya juga tinggi.

“Paras kolesterol LDL saya juga tinggi. Mungkin masalah yang awak alami itu berpunca daripada faktor keturunan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin lari maraton 2km, teruk Aska Cheung kena ’bahan’

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap tak serupa bikin... Ria Ricis kunci akaun Threads selepas dihentam hipokrit

Bagaimanapun, Yoo Jae Suk sempat mengusik Rain dengan mendakwa masalah kesihatan penyanyi itu mungkin mempunyai kaitan dengan tabiat pemakanannya yang gemar menikmati pelbagai jenis makanan.

Sebelum ini, suami kepada pelakon Kim Tae Hee itu pernah mendedahkan dirinya mengalami masalah kolesterol tinggi sehingga dinasihatkan doktor melakukan senaman kardio meskipun sudah mengamalkan rutin kecergasan yang ketat. 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain